Tip Apabila Anak Terkena Sawan

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..
Insyaallah ...

Hai sahabat2 semua .. Tengahari ni Lya nak kongsikan pasal SAWAN..
SAWAN berlaku dalam beberapa keadaan..
Paling kerap ditemui ialah sawan demam apabila kanak-kanak berumur antara 
6 bulan hingga 5 tahun mengalami kejang ketika DEMAM PANAS.

Lya buat entri ni sebab ,anak Lya yang sulung .. Insyirah selalu kena SAWAN masa kecik2 
dulu time demam ..Bila demam jer kalau panas sangat akan kena sawan ...
Mula2 Insyirah kena SAWAN masa umur dia setahun lebih ..
Masa tu tuhan saja yang tahu tak reti nak buat apa ...
Tapi lama kelamaan Lya belajar camner nak tangani ..
Bila Insyirah kena SAWAN ...
Alhamdulillah lepas umur Insyirah 5 tahun dan gigi susu PERTAMA tanggal ..
Dah takder SAWAN lagi ..Hingga arini walaupon demam panas sangat 
dah takder SAWAN dah ..Alhamdulillah ...

Ok .. Kat sini Lya nak kongsikan tip Apabila Anak Terkena Sawan ..
Pesan Lya ..Jangan panik ya ....
Kalau kita panik memang susah nak tangani situasi camni ...





Tip Apabila Anak Terkena Sawan :
◆ Jauhkan dia daripada perabot, takut tercedera
◆ Palingkan mukanya ke kiri atau kanan supaya saluran pernafasan tidak tersumbat akibat lidah yang jatuh ke belakang atau air liur .
◆ Jika anak sedang makan, keluarkan makanan daripada mulut.
◆ Jika demam, basahkan badan anak dengan air paip untuk menurunkan suhu. Elak menggunakan ais kerana ini menyebabkan suhu naik semula selepas kesan ais hilang.


SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

0 Ulasan